Karbohidrat terdiri dari beberapa jenis sakkarida: Monosakkarida, Disakkarida, dan Polisakkarida.
Pengkelasan ini disebabkan bilangan unit gula disebut 'monomer' yang terkandung didalamnya (unit ringkas disebut monomer, unit kompleks disebut polimer). Monosakkarida, disakkarida, atau polisakkarida masing-masing mengandungi 1, 2, atau 3 dan lebih monomer.
MONOSAKKARIDA
Monosakkarida adalah gula paling ringkas. Contoh: glukos, galaktos dan fruktos. Sebenarnya, glukos merujuk kepada gula dalam darah, kerana glukos menjadi sumber utama tenaga kepada sel-sel tubuh. Disegi permakanan, galaktos banyak terdapat dalam susu dan produk tenusu, manakala fruktos banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Karbohidrat rigkas lebih mudah diserap, lebih cepat menambah kadar glukos dalam darah. Tetapi, terdapat juga karbohidrat ringkas (seperti fruktos) yang mempunyai kaedah metabolisma yang berbeza dan tersendiri (fructolysis), mengakibatkan hanya sebahagian sahaja ditukar menjadi glukos.

DISAKKARIDA
Disakkarida adalah gula yang terhasil dari 2 molekeul monosakkarida yang terikat bersama. Perkataan "di..." merujuk kepada 2, manakala polisakkarida - "poly/poli" merujuk kepada bilangan yang melebihi dari 1. Contoh disakkrida: laktos dan maltos; jika 1 molekeul glukos dicantum dengan 1 molekeul galaktos, akan dapat laktos (selalunya terdapat dalam susu).

POLISAKKARIDA
Polisakkarida terbentuk apabila monosakkarida bercantum dalam kumpulan berangkai. Rangkaian terdiri dari 2 atau lebih molekeul monosakkarida. Rangkaian mungkin berbentuk bercabang (molekeul adalah seperti satu pohon yang mempunyai cabang-cabang dan dahan-dahan) atau tanpa cabang (molekeul dalam bentuk garisan lurus tanpa dahan), terdiri dari beratus-ratus atau beribu-ribu molekeul monosakkarida. Polisakkarida adalah polimer, dirujuk sebagai karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks selalunya mengambil masa lebih lama untuk dihadam. Polisakkarida merupakan makanan simpanan pada tubuh manusia. Ia juga sebagai penyokong struktur pada pokok, atau sebagai lapisan pelindung pada organisma dan isi kandungannya.
Sebagai makanan simpanan, polisakkarida tersimpan dalam organ hati dan otot manusia dalam bentuk glycogen. Pada pohon, dalam bentuk kanji. Kanji adalah polimer glukos dalam bentuk amylose dan amylopectin (rangkaian molekeul amylose berbentuk garisan panjang tidak bercabang, manakala molekeul amylopectin berbentuk panjang dan berdahan). Manusia memakan kanji melalui hydrolysis, iaitu tubuh manusia mempunyai amylases yang boleh meruntuhkan kanji untuk dijadikan tenaga.
Sebagai struktur, polisakkarida berupa cellulose/pectin, sebagai dinding sel pada pohon; cellulose adalah komponen utama lapisan kulit pada pohon-pohon, biji-bijian dan bijiran. Polisakkarida juga berupa chitin sebagai kulit luar yang keras pada serangga; atau exoskeleton pada arthropod, seperti kulit ketam, semut, kumbang, kupu-kupu, paruh binatang dll.
Bakteria pathogen (yang menyebabkan penyakit) selalunya mengeluarkan lapisan tebal polisakkarida berbentuk lendir yang menjadi pelindung dari serangan sistem kekebalan tubuh manusia. Ertinya, jika bakteria dalam tubuh manusia, sistem kekebalan tubuh kurang dapat menyerang bakteria tersebut sebab lapisan polisakkarida mendindingi bakteria tersebut. E. coli, yang kerapkali menyebabkan penyakit, menghasilkan beratus jenis polisakkarida.

Biji-bijian merupakan sumber karbohidrat yang mudah didapati dalam makanan seharian |
No comments:
Post a Comment