Pages

Saturday, 15 November 2014

KANDUNGAN KALORI DALAM MAKANAN

Info :Kandungan kalori yang terdapat di dalam makanan dan minuman seharian

Air dan minuman


Air kacang soya segelas = 60 kalori
Black coffee = 3.5 kalori (tp byk kaffein pula..)
Café latte (8 oz) = 98 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Teh tarik segelas = 183 kalori
Café mocha (8 oz) = 177 kalori
Capucino segelas besar 200ml = 200 kalori
Coffee ice blended = 320 kalori
Ice blended coklat segelas = 240 kalori
Jus oren 200ml 1 kotak = 110 kalori (kalu bergula laa...)
Milo secawan = 178 kalori


Desert:



Snack dan kuihBiskut susu 2 keping = 34 kalori
Kacang panggang dalam tin 2 sudu besar = 40 kalori
Kek biasa tanpa krim sepotong = 87 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Emping jagung (kosong) 1/2 cwn = 80 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Biskut cip coklat 6 keping = 180 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori
Cekodok = 180 kalori
Cheese Cake sepotong = 400 kalori
Cip coklat 24 butir = 225 kalori
Coklat sepapan 45 gm = 230 kalori
Cucur udang seketul = 144 kalori
Jagung & butter 2 cawan kecil = 358 kalori
Karipap seketul = 130 kalori
Kasui = 160 kaloriBijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Kuih lapis = 130 kalori
Seri muka sepotong = 144 kaloriPasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori



Nasi Berlauk:


NasiNasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi lemak bersambal = 400 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 687 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Lauk pauk (kombinasi lauk seeloknya kurg dari 300 kalori)


Sayur-sayuran:


Sayur campur goreng = 43 kalori
Ikan kembung gulai seekor = 85 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori

Protein:
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Daging lembu kari 2 kotak mancis = 130 kalori
Ikan kembung goreng seekor = 140 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili sepotong = 142 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Sotong goreng tepung (sepinggan kecil) = 630 kalori


Bihun dan Mee:


Noodles, pasta n others (advisable less than 400 calorie)
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Mee sup semangkuk = 380 kalori
Mi goreng segera sepinggan = 380 kalori
Mi wantan sepinggan = 409 kalori
Laksa Penang semangkuk = 436 kalori
Laksa kari semangkuk = 589 kalori
Mee goreng kosong sepinggan = 660 kalori
Mee goreng mamak sepinggan = 660 kalori
Mee rebus sepinggan = 556 kalori
Mee/bihun goreng sepinggan = 510 kalori
Kuey teow goreng kerang sepinggan = 743 kalori
Kueyteow goreng sepinggan = 600 kalori

Roti@Bijirin:

RotiRoti putih (kosong) 1kpg = 69.4 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti canai sekeping = 301 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Capati sekeping = 300 kalori
Murtabak sekeping = 722 kalori


Fast Food:

Burger keju = 317 kalori
Cheese burger with extra beef seketul = 438 kalori
Chicken grill = 142 kalori

Buah-buahan tempatan:

BuahTembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kurma 4 biji = 92 kalori

Saturday, 8 November 2014

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


Makanan Pembakar Kalori, Tips Menurunkan Berat Badan


Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh.
Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.
Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menupemakanan harian anda.

Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.
Epal - Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.
Barli - Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans) - Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.

Tembikai Susu Jingga (Rock Melon) -Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrientdan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah - Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jeniskanser dan radang.
Bijirin (Cereal) - Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.

Cili Merah - kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.
Fruit Smoothies = Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.

Halia - Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.

Teh Hijau - Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah - Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry - Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe - Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.
Rumput laut - Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh

Tuesday, 4 November 2014

AMALAN PEMAKANAN DALAM SUKAN


AMALAN PEMAKANAN DALAM SUKAN
  1. Jenis, jumlah, komposisi dan masa pengambilan makanan adalah penting bagi atlet.
  2. Faedah pemakanan yang sesuai oleh atlet
• Pencapaian faedah latihan yang optimum
• Meningkatkan pemulihan selepas bersenam
• Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul
• Mengurangkan risiko keuzuran dan kecederaan
• Membina keyakinan untuk menghadapi pertandingan
• Mencapai prestasi optimum yang konsisten dalam pertandingan.

PEMAKANAN YANG SIHAT
  • Kunci bagi diet yang sihat adalah keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan.
  • Atlet perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat serta mencukupi dari segi Kalori untuk memenuhi keperluan bagi tenaga harian dan nutrien perlu.
  • Pengambilan nutrien khusus atau tokokkan diet mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu.
  • Kebanyakan tokokkan diet tidak efektif sebagai bahan ergogenik
  • Seimbang dari segi komposisi nutrien
  • Pengambilan kalori yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian.
  • Pengambilan nutrien esential yang mencukupi.
  • Nutrien khusus tambahan dan tokokkan diet bagi keadaan tertentu
Sistem Penghadaman
Sistem ini mengandungi organ-organ yang menghancurkan dan menghadamkan
makanan dan membuangkan bahan makanan yang tidak hadam. Sistem penghadaman
terdiri daripada satu saluran yang bermula dimulut dan berakhir di dubur. Saluran
penghadaman (alimentary canel-gut) adalah bahagian terpenting bagi sistem
penghadaman dan ia berukuran lebih kurang 30 kaki panjang. Penceranan disebabakan
oleh mangkin biologi yang dikenali sebagai enzim. Enzim adalah sejenis protin.


 Proses penghadaman
Terdapat 4 peringkat dimana makanan diproses (berubah bentuk) sebelum saki-baki
yang tidak hadam dibuang sebagai kumuh badan.
i. Proses kunyah dan telan (mulut)
ii. Proses penghadaman (mulut, perut, usus kecil)
iii. Penyerapan
iv. Proses pembuangan

Proses kunyah dan telan
Bahan makanan mula dihancurkan dengan padu tenaga mulut, gigi dan lidah. Air liur
(alkali) membuat makanan menjadi lumat sebelum ditelan melalui farink dan esophagus
dan masuk ke perut. Cara pemakanan ditelan adalah melalui gerakan peristalsis dimana
berlakunya penguncupan otot di belakang salur esophagus manakala otot di bahagian
depan gumpulan makanan pula mengendur. Tindakan peristalsis berlaku secara
automatik dan tidak dapat dikawal.

Proses penghadaman
Proses ini bermula di dalam mulut dan berlanjutan hingga ke dalam perut dan
seterusnya semasa di dalam usus kecil. Makanan yang telah di lumat di simpan di perut
buat seketika waktu untuk dilembutkan oleh enzim untuk mengubah juzuk-juzuk kimia
bahan makanan menjadi bahan yang mudah larut dan diserapkan melalui usus kecil.

Penyerapan
Bahan makanan yang dilembutkan (diringkaskan) itu mula diserap masuk melalui usus
kecil dan di bahagian-bahagian lain sistem penghadaman untuk diedarkan ke seluruh
sel-sel badan.

Proses pembuangan
Usus besar ditugaskan untuk membuang segala saki-baki makanan yang tidak hadam
melalui rectum dan dubur.

Penyerapan zat makanan yang hadam

Protein – berubah menjadi asid amino dan dibawa ke hati melalui peredaran vena
labuhan. Air kencing adalah kumuh hasil ungkaibina protein

Karbohidrat - berubah menjadi glukosa dan dibawa ke hati melalui peredaran vena
labuhan. Glikogen daripada glukosa disimpan dalam otot-otot badan dan
organ hati.

Lemak – berubah menjadi asid lemak dan gliserol dan seterusnya diubah semula
kepada bahan lemak larut. Lemak yang berlebihan disimpan di bawah
kulit sebagai bahan makanan simpanan. Lemak juga melindungi
beberapa organ penting dalam badan.

Panduan-panduan yang dicadangkan supaya individu :
1. Makan pelbagai jenis makanan
2. Kawal berat badan
3. Makan lebih karbohidrat yang kompleks (58 % daripada jumlah pengambilan
kalori berbanding dengan 46 % sahaja masa kini)
4. Kurangkan makan gula
5. Kurangkan makan lemak ( 30 % daripada jumlah pengambilan kalori berbanding
dengan 42 % kini)
6. Kurangkan garam
7. Kurangkan atau hentikan minum alcohol

Makanan dan Tenaga
Makanan yang seimbang memberikan nutrient dan tenaga yang cukup untuk
menampung keperluan badan supaya berfungsi secara optimal. Bagi seorang ahli sukan
yang tidak gemuk, tenaga yang mencukupi diperlukan dalam makanannya untuk
menampung keperluan aktiviti berat yang dilaluinya.

Karbohidrat
Tenaga boleh diperolehi daripada karbohidrat lemak, protein dan alkohol. Karbohidrat
merupakan sumber tenaga yang baik untuk badan kerana ianya dihadamkan dan lebih
memudahkan proses matabolisma daripada lemak atau protein. Apabila jumlah tenaga
yang diperlukan bertambah, lebih banyak vitamin B kompleks diperlukan. Oleh itu,
adalah lebih unggul bagi ahli-ahli sukan memakan karbohidrat kompleks yang juga
mengandungi vitamin-vitamin yang perlu bagi tenaga mereka.
Karbohidrat boleh jadi dalam bentuk gula (karbohidrat ringkas) atau kanji (karbohidrat
kompleks). Adalah dicadangkan supaya masyarakat kita kini menambahkan pengambilan karbohidrat ringkas. Cadangan ini bukan sahaja sesuai bagi kesihatan umum tetapi lebih munasabah bagi mereka yang memerlukan sumber tenaga segera.

Karbohidrat yang tidak diperlukan dengan segera akan disimpan dalam hati dan otototot sebagai glikogen membentuk tenaga yang diperlukan semasa bersenam. Apabila
simpanan glikogen telah penuh, lebihan karbohidrat akan ditukarkan menjadi lemak
badan. Protein dan lemak mengalami proses yang sama jika berlebihan. Simpanan
glikogen yang normal boleh memberikan kira-kira 6 – 8,000 kalori cukup untuk
menampung larian selama 90 – 100 minit.

Diet yang seimbang boelh mengandungi kedua-dua jenis karbohidrat ringkas dan
kompleks. Roti dan bahan biji-bijian seperti beras dan gandum, sayur-sayuran dan
kekacang semuanya mengandungi karbohidrat kompleks, manakala buah-buahan,
madu lebah dan gula tebu (sukros) merupakan gula ringkas. Buah-buahan dan semua
jenis makanan karbohidrat kompleks mempunyai kelebihan ke atas karbohidrat ringkas
kerana ia merupakan sumber gentian makanan (dietary fibre) dan vitamin B kompleks.
Kanji ( amilum) dipecahkan kepada maltose dan kemudian kepada glukosa oleh proses
penceranan. Enzim amilase yang memecahkan kanji kepada maltosa, didapati dalam air
liur dan dalam jus pankreas. Gula tebu atau gula bit(sukrosa) dipecahkan kepada
glukosa dan fruktosa didalam usus kecil oleh enzim sukrase. Gula yang terdapat dalam
susu(laktosa ) dipecahakan oleh enzim laktase kepada glukosa dan glaktosa didalam
usus kecil. Galaktosa ditukarkan kepada glukosa oleh sel hati.

Meminum minuman manis sejam sebelum sesuatu acara sukan boleh menyebabkan
kelesuan awal kerana gula itu akan ditukarkan menjadi glukos dan diserap dengan
cepat ke dalam saluran darah, merangsang pengeluaran insulin daripada pancreas.
Gabungan factor paras tinggi insulin dalam darah dan aktiviti otot yang rancak bermakna
glukos lebih cepat dikeluarkan dari darah berbanding dengan kecepatan ia digantikan.
Paras glukos darah yang rendah akan menyebabkan kelesuan.

Proses penceranan karbohidrat makanan menyebabkan kemasukan glukosa kedalam
darah. Glukosa darah ditukarkan kepada glikogen otot dengan bantuan insulin. Glikogen
otot menyediakan sumber haba dan tenaga untuk aktiviti otot. Pemecahan glikogen otot
untuk membentuk haba dan tenaga terjadi dalam dua peringkat. Dalam peringkat
pertama, glikogen otot dipecahkan kepada asid piruvik. Sekiranya bekalan oksigen yang
secukupnya diperoleh, maka asid piruvik akan dipecahkan kepada karbon dioksida dan
air dalam peringkat kedua. Sekiranya oksigen tidak diperolehi, asid piruvik ini sebaliknya
akan ditukarkan kepada asid laktik.

Penghasilan haba dan tenaga melalui pembentukan
asid laktik, yang terjadai semasa ketiadaan oksigen disebut metaboliseme anerobik.
Tenaga yang dihasilkan melalui pengoksidaan glikogen kepada karbon dioksida dan air
mula-mula digunakan untuk membentuk sebatian kaya –tenaga ATP ( adenosina
trifosfat) dan kreatin fosfat. Apabila diperlukan untuk pengecutan otot, dan juga untuk
tindak balas kimia seperti sintesis protin, tenaga yang disimpan dalam ATP dilepaskan
semasa ATP bertukar kepada ADP (adenosine difosfat)

“Carbohydrate Loading” Simpanan tenaga segera bahan wujud dalam bentuk glikogen yang terletak di hati dan otot. Manipulasi pemakanan secara “Carbohydrate Loading” boleh menambah simpanan glikogen ini. Tekinik ini digunakan oleh pelumba jarak jauh. 141
Mula-mula glikogen dikurangkan dari otot-otot, kemudiannya digantikan semula dengan
diet yang mengandungi banyak karbohidrat sehingga kandungan glikogen otot
mencapai paras sekali ganda dari biasa. “carbohydrate loading” meliputi :

1. Seminggu sebelum acara kurangkan simpanan glikogen dengan senaman yang
berat.
2. Diet yang mengandungi sedikit karbohidrat selama 3 hari. Kira-kira 100 gram
karbohidrat masih diperlukan untuk mencegah ketosit.
3. Selama 3 hari sebelum acara dipertandingkan, makan dengan diet yang kaya
dengan karbohydrat sekurang-kurangnya 250 – 500 gram sehari.
Sejak akhir-akhir ini, kaedah ini telah diubahsuai kerana kelesuan yang terjadi pada
ramai pelumba apabila pengurangan karbohidrat dijalankan. Sekarang ini,
kemungkinannya ialah menambah pengambilan karbohidrat sebelum pertandingan
tanpa mengurangkannya terlebih dahulu.
Kesan jangka panjang “carbohydrate loading” dengan pengurannya terlebih dahulu
masih tidak diketahui. Setakat ini, “carbohydrate loading” janganlah di gunakan
sewenang-wenangnya dan jangan sesekali dilakukan ke atas meja remaja yang sedang
membesar.
“carbohydrate loading” tidak berfaedah kepada acara sukan yang kurang dari 2 jam dan
jangan mengguanakannya lebih dari 2 atau 3 kali setahun. Tanda-tanda sakit dada dan
perubahan pada rentak jantung telah dilaporkan berlaku pada peringkat pengurangan
karbohidrat dalam “carbohydrate loading”

Protein
Protin diperlukan dalam diet untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. Protin tubuh terdiri
daripada rantai panjang yang mengandungi beratus-ratus asid amino.
Ramai dikalangan kita gemarkan protein sehingga kita makan kira-kira 2 atau 3 kali lebih
daripada keperluan badan. Kegemaran ini selalu terjadi setengah-setengah ahli sukan
yang gemar memakan daging dan tambahan protein dalam berbagai bentuk dengan
satu anggapan yang salah bahawa ianya boleh memberi lebih tenaga.
Masalah utama protein ialah bukan kerana ianya sedikit tetapi kerana terlalu banyak.
Makanan berprotein biasanya mengandungi banyak lemak. Inilah yang menyebabkan
diet protein tidak begitu sesuai. Salah satu lagi sebabnya ialah kerana tingginya density
kalori lemak dalam kebanyakan makanan berprotein (38 kalori / gram bagi lemak
berbanding dengan 19 kalori / gram bagi protein). Ini menjadikan makanan berprotein
seperti daging sebagai sebab masalah berat badan.

Diet sayur-sayuran
Sesetengah pengamal kecergasan memutuskan untuk mengikuti diet sayur-sayuran. Ini
merupakan pilihan sendiri dan diet sayur-sayuran mudah memberikan protein yang
cukup asalkan protein sayuran daripada pelbagai sumber dimakan. Telur, susu, dadih 143
dan keju memberikan protein yang berkualiti tinggi dan mengandungi semua asid-amino
yang perlu. Kekacang dan biji-bijian juga merupakan sumber protein. Jika tiada protein
haiwan di makan maka sesetengah protein sayuran hendaklah dimakan bagi
memberikan semua asid-amino.

Lemak
Lemak ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen dengan oksigen yang
sedikit sekali. Ia merupakan suatu bentuk makanan yang sangat pekat.
Sama seperti orang-orang lain juga, seorang yang aktif hendaklah juga mengurangkan
makan lemak. Pada amnya, adalah dicadangkan supaya hanya 30 – 35 % kalori diet
diperolehi daripada lemak. Buat masa ini, kita memperolehi kira-kira 45 % kalori diet
daripada lemak.
Untuk mengurangkan makan lemak, kita hendaklah mengurangkan makan daging,
makanan laut, kekacang atau daging ayam hendaklah menggantikan daging lembu dan
kambing. Begitu juga makanan bergoreng, kiu-muih, mentega, margerin dank rim
hendaklah dikurangkan.

Galian dan vitamin tambahan
Kekurangan beberapa jenis bahan galian (terutamanya besi dan magnesium) dan
sesetengah vitamin (terutamanya vitamin B) akan mengganggu prestasi. Ini tidaklah
bermakna vitamin dan galian tambahan dapat meningkatkan prestasi. Tiada bukti kajian
yang benar-benar dapat menunjukkan bahawa vitamin dan bahan galian dapat
meningkatkan lakuan seorang ahli sukan.
Kesan “placebo” agaknya yang kuat mempengaruhi prestasi ahli-ahli sukan. Jika
mereka yakin dan percaya latihan mereka akan meningkat dengan tambahan sesuatu
benda, maka ini akan memberikan motivasi yang cukup untuk berusaha lebih giat.
Anaemia, kekurangan zat besi tidak member kesan ke atas prestasi. Jumlah zat besi
yag keluar melalui perpeluhan amatlah sedikit ( setakat 0.4 mg / liter peluh). Kekurangan
zat besi, lebih merupakan masalah ahli sukan wanita, kerana sesetengah daripada
mereka menghadapi masalah ini disebabkan oleh darah haid. Bagi wanita, khususnya
yang kuat bersukan, keperluan zat besi amat penting diawasi sentiasa untuk
memastikan ianya mencukupi.
Makanan yang kaya dengan sumber zat besi ialah hati, telur, daging, kekacang, biji-bijian, sayuran jenis dedaun dan buah-buahan kering. Kecuali zat besi untuk sesetengah wanita, tambahan bahan galian dan vitamin-vitamin lain jarang diperlukan oleh ahli sukan.

“Carbohydrate Loading”
Simpanan tenaga segera bahan wujud dalam bentuk glikogen yang terletak di hati dan
otot. Manipulasi pemakanan secara “Carbohydrate Loading” boleh menambah simpanan
glikogen ini. Tekinik ini digunakan oleh pelumba jarak jauh.
Mula-mula glikogen dikurangkan dari otot-otot, kemudiannya digantikan semula dengan
diet yang mengandungi banyak karbohidrat sehingga kandungan glikogen otot
mencapai paras sekali ganda dari biasa. “carbohydrate loading” meliputi :

1. Seminggu sebelum acara kurangkan simpanan glikogen dengan senaman yang
berat.
2. Diet yang mengandungi sedikit karbohidrat selama 3 hari. Kira-kira 100 gram
karbohidrat masih diperlukan untuk mencegah ketosit.
3. Selama 3 hari sebelum acara dipertandingkan, makan dengan diet yang kaya
dengan karbohydrat sekurang-kurangnya 250 – 500 gram sehari.
Sejak akhir-akhir ini, kaedah ini telah diubahsuai kerana kelesuan yang terjadi pada
ramai pelumba apabila pengurangan karbohidrat dijalankan. Sekarang ini,
kemungkinannya ialah menambah pengambilan karbohidrat sebelum pertandingan
tanpa mengurangkannya terlebih dahulu.
Kesan jangka panjang “carbohydrate loading” dengan pengurannya terlebih dahulu
masih tidak diketahui. Setakat ini, “carbohydrate loading” janganlah di gunakan
sewenang-wenangnya dan jangan sesekali dilakukan ke atas meja remaja yang sedang
membesar.
“carbohydrate loading” tidak berfaedah kepada acara sukan yang kurang dari 2 jam dan
jangan mengguanakannya lebih dari 2 atau 3 kali setahun. Tanda-tanda sakit dada dan
perubahan pada rentak jantung telah dilaporkan berlaku pada peringkat pengurangan
karbohidrat dalam “carbohydrate loading”.

Amalan Pemakanan Untuk Bersukan
PEMAKANAN SEBELUM BERSUKAN
  1. Tidak perlu bagi senaman/sukan yang dilaksanakan kurang daripada 60-90 minit.
  2. Mungkin berfaedah bagi atlet yang bersukan dalam keadaan berikut:  1 jam intensiti tinggi ,60-90 minit intensiti tinggi secara berkala ,Lebih daripada 90 minit intensiti sederhana hingga tinggi
  3. Pengambilan karbohidrat < 4 jam sebelum senaman/sukan berpanjangan boleh meningkatkan prestasi fizikal
  4. Atlet yang cenderung mengalami “reactive hypoglycemia” tidak digalakkan mengambil karbohidrat 15-60 minit sebelum bersenam/bersukan
  5. Pengambilan karbohidrat 5-10 minit sebelum bersenam/bersukan mungkin berfaedah jika aktiviti melebihi 2 jam dan berintensiti melebihi 50% VO2 max


ANGGARAN KEPERLUAN TENAGA
Bagi orang dewasa
BERAT BADAN X 30 = kcl
CTH 60 kg X 30 = 1800 kcl sehari

Sunday, 26 October 2014

PEMAKANAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LATIHAN ATAU PERTANDINGAN

Makanan sebelum pertandingan
Semasa aktiviti fizikal yang giat (vigoron), otot akan memilih sumber tenaga dari karbohidrat berbanding lemak. Ini adalah kerana tenaga daripada karbohidrat lebih senang diperolehi tanpa perlu memerlukan bekalan oksigen yang banyak. Sumber tenaga yang paling cepat diperolehi ialah glikogen yang di simpan dalam otot-otot. Atlit yang menceburi acara marathon, berbasikal jarak jauh, mendayung memerlukan bekalan karbohidrat yang lebih tinggi. Bekalan tersebut biasanya disimpan di otot dan hati Jangan makan terlalu kenyang sebab perut yang penuh dengan makanan berkecenderungan mengalami kecederaan terutama dalam sukan . Ini disebabkan darah akan tertumpu di bahagian organ penghadaman dan kurang di bahagian otot dan otak yang diperlukan untuk aktiviti fizikal. Amalkan makanan yang mengandungi karbohidrat kerana ia lebih mudah dan cepat dihadam daripada makanan yang mengandungi lemak. Elakkan makan yang pedas dan minuman yang bergas. ini akan menganggu proses penghadaman. Atlit akan meras tidak selesa semasa pertandingan kerana perut akan memulas dan menyebabkan sendawa (burping). Cecair yang diminum harus senag diserap dan dihadam. Susu, kopi dan teh harus dielakkan sebelum pertandingan kerana minuman ini susah untuk dihadamkan. Air adalah minuman yang paling sesuai. Seseorang atlit harus sekurang-kurangnya makan 2 – 3 jam sebelum sesuatu pertandingan. Ini membolehkan makanan dihadam dan perut tidak rasa penuh. Pada masa yang sama, atlit juga tidak harus rasa terlalu lapar sebelum pertandingan
Pemakanan semasa pertandingan
Jangkamasa pertandingan yang lama akan mengakibatkan kehilangan air dan sesetengah mineral melalui proses perpeluhan. Sumber tenaga karbohidrat juga akan kehabisan. Adalah penting untuk menitik beratkan tiga nutrien tersebut semasa pertandingan.
i)air
seseorang atlit akan kehilangan air yang banyak terutamanya jika bertanding dalam keadaan cuaca yang panas. Air akan hilang melalui peluh juga akan mengakibatkan peningkatan kepekatan darah dan menurunkan volum darah. Penurunan volum darah ini membawa akibat kepada jantung kerana jantung terpaksa mengepam lebih cepat lagi. Banyak gejala yang buruk akan timbul seperti dihidrasi dan stress haba akan menyusul akibat kekurangan kandungan air dalam badan. Meminum air yang banyak adalah pendekatan yang wajar kepada atlit tersebut. Air sejuk adalah diutamakan kerana ia memudahkan penyerapan berlaku di organ penghadaman
Pemakanan selepas pertandingan
Acara-acara yang mempunyai masa rehat yang cukup (selepas 3 jam atau pada hari berikutnya) atlit harus memberi tumpuan kepada pemakanan yang dapat membekalkan tenaga untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan. Makanan berkarbohidrat dalam bentuk cecair adalah sesuai untuk mereka. Atlit tidak perlu mengambil suplemen vitamin atau mineral yang banyak pada ketika ini. Atlit digalakkan makan makanan yang seimbang dan pada masa yang betul.
i)makanan seimbang
Makanan yang mengandungi jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral dan air yang betul disebut sebagai makanan seimbang
Kuantiti makanan yang diperlukan berbeza antara seorang dengan orang yang lain. Keperluan makanan bergantung kepada umur, saiz dan aktiviti yang kita lakukan. Makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak dan protein sering disebut sebagai makanan bertenaga tinggi. Ini kerana makanan ini mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mempunyai nilai kalori yang rendah. Makanan ini tidak membekalkan tenaga tetapi mengandungi banyak vitamin, mineral, air dan bertindak sebagai pelawas.
Bantuan Ergogenik Pemakanan
Istilah bantuan ergogenik ( asal bahas Yunani “ergo” yang bermaksud kerja ) mula muncul dalam majalah pemakanan sejak 20 tahun yang lalu. Terdapat banyak pembekal makanan telah mengiklankan hasil produk mereka yang dapat meningkatkan prestasi seseorang atlit yang mengambilnya. Bantuan ergogenik adalah bahan nutrien / makanan yang dapat membantu menggantikan simpanan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti fizikal dan juga memulihkan bekalan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti fizikal dan juga memulihkan bekalan tenaga dengan cepat selepas sesuatu aktiviti fizikal yang berat.
Tokokon Karbohidrat
Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali sebagai tokokan karbohidrat atau dikenali sebagai kompensasi glikogen. Teknik ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon, lumba basikal lebuhraya dan trithlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus djalankan selama seminggu sebelum hari pertandingan. Pengurangan volum dan intensiti latihan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu:
Fasa 1: Hari 1 – 2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat norma
Fasa 2: Hari 3 – 5 : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan karbohidrat ( 70 %)

Fasa 3: Hari ke – 6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan seperti biasa.