Pages

Saturday 15 November 2014

MIKRONUTRIEN DAN MAKRONUTRIEN


Apakah Itu Nutrien, Mikro-Nutrien Dan Makro-Nutrien?

Selalu kita dengar kan badan kita memerlukan NUTRIEN yang sepatutnya???


Tetapi apa itu NUTRIEN?


Nutrien (nutrisi) adalah bukan sekadar vitamin sahaja walaupun ramai menganggap kedua-duanya adalah sama. Karbohidrat, protein (iaitu terbina daripada rantaianamino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRIEN. Nutrien ini dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, memastikan organ berfungsi dengan sempurna dan untuk perkembangan sel.


Perbezaan MIKRO-Nutrien dengan MAKRO-Nutrien
MIKRO-Nutrien adalah berbeza daripada MAKRO-Nutrien kerana mereka adalah perlu hanya dalam jumlah yang sangat kecil. Namanya pun dah MIKRO kan. Mikro-nutrien ini tidak boleh membekalkan tenaga dengan sendiri kepada tubuh kita



Walau bagaimanapun, mikro-nutrien adalah penting untuk kesihatan yang baik, dan kekurangan mikro-nutrien boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Mikro-nutrien termasuk mineral seperti flouride, selenium, natrium, iodin, tembaga dan zink.Mereka juga termasuk vitamin seperti vitamin C, A, D, E dan K, serta vitamin B-compleks.


Walaupun mereka hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil, namun kekurangannya akan membantutkan sistem badan kita daripada pertumbuhan tulang ke fungsi otak.


MAKRO-Nutrien pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRIEN yang mencukupi.



MAKRO-Nutrien adalah nutrien yang menyediakan kalori atau tenaga. Nutrien adalah bahan yang diperlukan untuk pertumbuhan, metabolisme, dan untuk fungsi badan yang lain. Namanya MAKRO bermaksud besar, makro-nutrien adalah nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang besar.



Terdapat tiga makro-nutrien:
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak


Walaupun Makro-Nutrien itu adalah penting namun badan kita masih memerlukan sejumlah air yang cukup iaitu 6-8 gelas sehari dan mikro-nutrien.


Ramai yang tidak sedar tentang kepentingan mineral, tanpanya Vitamin tidak boleh berfungsi dan tidak dapat diasimilasikan (ditukar ke bentuk ringkas) untuk diserap kedalam tubuh. Ya, ada sesetengah vitamin yang boleh disintesis oleh tubuh TETAPI tiada satu mineral pun yang boleh disintesiskan oleh tubuh. Kita harus mendapatkannya dari sumber luar!


Sumber:
1. Vitamin Bible
2. http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/micronutrients-what-they-are-and-why-theyre-essential.html

1 comment: