Pages

Monday 17 November 2014

Jenis-Jenis Karbohidrat

Karbohidrat terdiri dari beberapa jenis sakkarida: Monosakkarida, Disakkarida, dan ‎Polisakkarida.

Pengkelasan ini disebabkan bilangan unit gula disebut 'monomer' yang terkandung didalamnya ‎‎(unit ringkas disebut monomer, unit kompleks disebut polimer). Monosakkarida, disakkarida, atau ‎polisakkarida masing-masing mengandungi 1, 2, atau 3 dan lebih monomer.

MONOSAKKARIDA
‎Monosakkarida adalah gula paling ringkas. ‎Contoh: glukos, galaktos dan fruktos. Sebenarnya, glukos merujuk kepada gula dalam darah, kerana ‎glukos menjadi sumber utama tenaga kepada sel-sel tubuh. Disegi permakanan, galaktos banyak ‎terdapat dalam susu dan produk tenusu, manakala fruktos banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan ‎buah-buahan.

Karbohidrat rigkas lebih mudah diserap, lebih cepat menambah kadar glukos dalam darah. ‎Tetapi, terdapat juga karbohidrat ‎ringkas (seperti fruktos) yang mempunyai kaedah metabolisma yang ‎berbeza dan tersendiri (fructolysis), mengakibatkan hanya sebahagian sahaja ditukar menjadi glukos.
 ‎‎
DISAKKARIDA‎
Disakkarida adalah gula yang ‎terhasil dari 2 molekeul monosakkarida yang terikat bersama. Perkataan "di..." merujuk kepada 2, ‎manakala polisakkarida - "poly/poli" merujuk kepada bilangan yang melebihi dari 1. Contoh disakkrida: ‎laktos dan maltos; jika 1 molekeul glukos dicantum dengan 1 molekeul galaktos, akan dapat laktos ‎‎(selalunya terdapat dalam susu).



POLISAKKARIDA
‎Polisakkarida terbentuk apabila ‎monosakkarida bercantum dalam kumpulan berangkai. Rangkaian terdiri dari 2 atau lebih molekeul ‎monosakkarida. Rangkaian mungkin berbentuk bercabang (molekeul adalah seperti satu pohon yang ‎mempunyai cabang-cabang dan dahan-dahan) atau tanpa cabang (molekeul dalam bentuk garisan ‎lurus tanpa dahan), terdiri dari beratus-ratus atau beribu-ribu molekeul monosakkarida. Polisakkarida ‎adalah polimer, dirujuk sebagai karbohidrat kompleks. Karbohidrat kompleks selalunya mengambil ‎masa lebih lama untuk dihadam. Polisakkarida merupakan makanan simpanan pada tubuh manusia. Ia juga sebagai penyokong ‎struktur pada pokok, atau sebagai lapisan pelindung pada organisma dan isi kandungannya.


Sebagai makanan simpanan, polisakkarida tersimpan dalam organ hati dan otot manusia dalam ‎bentuk glycogen. Pada pohon, dalam bentuk kanji. Kanji adalah polimer glukos dalam bentuk ‎amylose dan amylopectin (rangkaian molekeul amylose berbentuk garisan panjang tidak bercabang, ‎manakala molekeul amylopectin berbentuk panjang dan berdahan). Manusia memakan kanji melalui ‎hydrolysis, iaitu tubuh manusia mempunyai amylases yang boleh meruntuhkan kanji untuk dijadikan ‎tenaga.

Sebagai struktur, polisakkarida berupa cellulose/pectin, sebagai dinding sel pada pohon; ‎cellulose adalah komponen utama lapisan kulit pada pohon-pohon, biji-bijian dan bijiran. Polisakkarida ‎juga berupa chitin sebagai kulit luar yang keras pada serangga; atau exoskeleton pada arthropod, ‎seperti kulit ketam, semut, kumbang, kupu-kupu, paruh binatang dll.


Bakteria pathogen (yang menyebabkan penyakit) selalunya mengeluarkan lapisan tebal ‎polisakkarida berbentuk lendir yang menjadi pelindung dari serangan sistem kekebalan tubuh ‎manusia. Ertinya, jika bakteria dalam tubuh manusia, sistem kekebalan tubuh kurang dapat menyerang ‎bakteria tersebut sebab lapisan polisakkarida mendindingi bakteria tersebut. E. coli, yang kerapkali ‎menyebabkan penyakit, menghasilkan beratus jenis polisakkarida.

Biji-bijian merupakan sumber karbohidrat yang mudah didapati dalam makanan seharian

No comments:

Post a Comment