Pages

Sunday 16 November 2014

KEPENTINGAN PROTEIN


Kepentingan protein untuk tubuh badan

Ikan,daging,ayam dan telur adalah protein yang disukai oleh masyarakat Malaysia
Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif meningkatkan sistem imunisasi badan

Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawlan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan

Ok, itu sahaja sedikit perkongsian. Tajuk protein ni cukup luas, lain kali ada masa saya akan ceritakan lagi. Yang penting, ilmu yang dikongsi kenalah sampaikan. =)

No comments:

Post a Comment